Wednesday, 18 April 2018

Diari pak 21 19/4/2018

Kelas 1 Bestari
Hari ini saya menggunakan peta i-think tentang "kata Perintah"...
secara ringkasnya, macam ini....
Kata Perintah
-jangan, contoh ayat.. jangan bising.
-jemput, contoh ayat.. jemput datang ke rumah malam ini
-tolong, contoh ayat.. tolong ambil barang itu
-sila, contoh ayat... sila minum air ini
selapas mereka menulis peta i-think itu, saya memberi penerangan tentang tajuk kata perintah.. kali ini saya menunjukkan berserta contoh mudah yang boleh mereka ingat tentang kata perintah ini menggunakan aplikasi kata yang menunjukkan emosi..
#Penggunaan kata yang dapat memancing emosi dapat mengukuhkan ingatan pelajar.. sesuatu yang disertai emosi akan mudah diingat sekalipun puluhan tahun.. sebab itu kita jarang dapat lupa sesuatu yang membuat kita takut  dan derita... 
Selepas mereka mendengar contoh, mereka diberi latihan..
Latihannya bina ayat daripada kata perintah jangan, jemput, sila, dan tolong
refleksi untuk hari  ini... 
kekuatan
murid mudah memahami apa yang diajarkan oleh guru terutama penggunaan kata perintah dalam kehidupan sehari-hari. mereka mudah mengingat sebab biasa mereka mendengar kata perintah dalam kehidupan sehari-hari
kelemahan.
apabila saya membuat latihan kepada murid-murid, masalah yang selalu muncul adalah tiada buku.. hmm macam biasalah, plan B guru memberi kertas kosong.. mau beli buku tp belum gaji lg nie.. tunggu-tunggulah dulu 
penambahbaikan
kawalan kelas perlu diperbaiki, kerana terdapat murid yang menangis dalam kelas gara-gara dicubit murid lain..

Kelas Yg Saya Ajar

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kini sy sdh menjadi guru di sk batu puteh kinabatangan... Sekolahnya aman dan damai.. masyarakatnya pun ramah.. suatu nikmat yang baru dalam hidup hehe.. saya ditugaskan sebagai guru data di sekolah ini.. jujur sahaja saya masih belum menguasai bidang tugas saya sbg guru data di sini.. hmm mgkn kerana terlalu sibuk dgn tugas mengajar, sehingga terabai tugas sbg guru data... guru data kan 12 sahaja masa, saya dapat 30 masa.. yah, mmg berat rasa, tp apakan daya.. mudah-mudahan ada nasib yang baik selepas ini. saya ditugaskan mengajar tahun 1.. 1 amanah dan 1 bestari.. murid-muridku comel-comel belaka.. saya doakan mereka semua berjaya dunia dan akhirat.. mendidik tahun 1 sememangnya mencabar.. karenah mereka di rumah dibawa ke sekolah.. perghhh sakit kepala pada mulanya, tp akhirnya ku fahami bahawa memarahi mereka bukan jalan penyelesaian tp mencintai dan menyayangi mereka adalah jalan terbaik.. sayang anak didikku semua...muahhh...